kuhidup atas alunan puisi

September 29, 2007

Puisi buat Malik Ibn Sinan

Filed under: Uncategorized — wardahputeh @ 2:50 am

Puisi buat Malik Ibn Sinan

Jikalau tembolokmu pecah kerana tombak  dan perlu memilih antara lapar yang menggigit, kupasti pilihmu antara akal dan budi, kau menangkan maruah diri

Malik ibn Sinan yang bagai burung terbang riang dari ranting-ranting redha Tuhan, berbisik pada bayu yang mendengar, antara dua yang menanti sebagai ganti adalah kesudahan yang tiada kupeduli

 

Sejarah patut tahu

mahalnya cabikan daging Malik ibn Sinan

kerana cabikan yang basah merah itu telah bersatu dengan darah Junjungan Rasulullah

 

Hingga hidup bukannya mati, kau hijau burung yang dipayungi

Cinta kasih semesta yang ketahui

 

 

Malik ibn Sinan; sang raja faqir harta , kaya jiwa

Theme: Banana Smoothie. Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.